Tuesday, October 12, 2010

Zubir Satay merupakan sebuah perniagaan jenis perkhidmatan yang menjual pelbagai jenis satay. Perniagaan ini mempunyai dua cawangan, satu di Damansara Seafood dan satu lagi di Restoron Syed Abu Bakar, Petaling Jaya. Kedua-dua lokasi perniagaan tersebut, berdekatan dengan rumah pemilik perniagaan ini. Perniagaan Zubir Satay ini juga merupakan satu satunya perniagaan satay di kawasan tempat tersebut. Ini merupakan kelebihan buat Zubir Satay kerana tiada persaingan kepada pemiliknya.

Lot restoron iaitu gerai kecil dalam kawasan restoron yang disewa daripada pemilik restoron tersebut merupakan jenis premis perniagaan Zubir Satay. Waktu operasi perniagaan tersebut pada jam 5.30 petang hingga 10.30 malam di Damansara Seafood dan 5.30 petang hingga 1.00 pagi di Restoron Syed Abu Bakar dan dibuka setiap hari kecuali pada hari raya aidilfitri.

Antara produk yang ditawarkan di zubir Satay ialah satay ayam, satay daging, satay kambing , satay perut, kuah kacang dan ketupat nasi. Kesemua produk dijual setiap hari mengikut jumlah yang telah ditetapkan kecuali satay kambing dan perut dimana kedua dua jenis satay ini dijual bergantung kepada tempahan pelanggan. Akan tetapi, sekiranya produk tersebut habis dijual sebelum operasi perniagaan tamat, pengusaha akan menambah kembali jumlah produk itu. 

Perniagaan ini mempunyai pekerja dikalangan ahli keluarga pemilik perniagaan ini sendiri dan juga seorang pekerja wanita lain yang diupah. Kebayakan pelanggan terdiri dariapa kaum Cina kerana mereka lebih menggemari satay berbanding kaum Melayu dan Kaum India.

Keuntungan yang tinggi biasanya boleh diperoleh semasa musim-musim tertentu iaitu musim perayaan dan musim bola. Sebagai contoh, pada musim bola ramai anak anak muda akan mencari tempat untuk berkumpul bersama sambil menyaksikan perlawanan bola secara langsung. Di samping itu, mereka pasti memesan juadah bagi menjamu selera. Zubir Satay juga mempunyai pelanggan tetapnya sendiri, sejak 10 tahun perniagaan ini dibuka.
Zubir Satay merupakan sebuah perniagaan jenis perkhidmatan yang menjual pelbagai jenis satay. Perniagaan ini mempunyai dua cawangan, satu di Damansara Seafood dan satu lagi di Restoron Syed Abu Bakar, Petaling Jaya. Kedua-dua lokasi perniagaan tersebut, berdekatan dengan rumah pemilik perniagaan ini. Perniagaan Zubir Satay ini juga merupakan satu satunya perniagaan satay di kawasan tempat tersebut. Ini merupakan kelebihan buat pemilik perniagaan ini kerana tiada persaingan kepada pemiliknya.